PERAKUAN BOMBA

  • Keselamatan kebakaran di premis merupakan aspek penting untuk keselamatan nyawa dan harta benda. Tanggungjawab terhadap keselamatan kebakaran ini bukan hanya terletak pada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sahaja, malah kepada pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan.

  • Perakuan bomba bertujuan untuk memastikan premis ditetapkan mempunyai pepasangan keselamatan kebakaran (PKK) yang mencukupi dan berfungsi setiap masa serta langkah-langkah pencegahan kebakaran diambil tindakan demi keselamatan nyawa dan harta benda daripada kebakaran dan kecemasan. Ia juga bagi memastikan pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan kebakaran di premis maisng-masing.